Wednesday, September 29, 2010

SIRATAN MAKANAN HIDUPAN MARIN


Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala. Manakala, siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi. 

Gabungan daripada beberapa rantaian makanan akan mewujudkan siratan makanan dalam ekosistem tersebut. Terdapat tiga kumpulan yang terlibat dalam membentuk satu rantaian makanan iaitu:-

  1. Pengeluar
  2. Pengguna
  3. Pengurai

Berikut merupakan contoh siratan makanan bagi hidupan marin. 

Siratan Makanan Marin

1.  Pengeluar

Pengeluar dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis. Pengeluar merupakan sumber yang paling penting di dalam membentuk suatu siratan makanan. Pengeluar dalam siratan di atas ialah fitoplankton.

Fitoplakton

2.  Pengguna 

Pengguna merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Ia boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu:-

a)  Pengguna Primer (Herbivor)

Herbivor merupakan pengguna yang berada ditahap paling bawah, biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan agen pengeluar. Pengguna primer di dalam siratan makanan di atas ialah zooplankton, kerang dan ikan kecil.

                  
               Zooplankton
Kerang
Ikan Kecil
b)  Pengguna Sekunder (Karnivor)

Karnivor merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasanya akan mendapat makanan dengan memakan pengguna primer. Berikut adalah pengguna sekunder bagi siratan makanan di atas:-

a)  Anak Ikan 
b)  Ikan Kecil
c)  Burung
d)  Singa Laut
e)  Ikan Paus
Anak Ikan
Singa Laut
    
Burung


c)  Pengguna Tertier (Omnivor)

Omnivor merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Ia akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Berikut adalah pengguna tertier bagi siratan makanan di atas:-

a)  Ikan Yu
b)  Ikan Besar
c)  Manusia
Ikan Besar

Manusia


3.  Pengurai

Pengurai merupakan egen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya.

Bakteria

Cacing

No comments:

Post a Comment