Wednesday, September 29, 2010

EKOSISTEM MARIN

Marin terdiri daripada tiga zon utama, iaitu:-
A.  Zon Pesisir Pantai
B.  Zon Terumbu Karang
C.  Zon Laut Dalam

A.  Zon Pesisir Pantai

Zon pesisir pantai merupakan tepian laut yang dicecahi air laut semasa air pasang dan surut pada bahagian garis pesisirnya. Zon ini dikategorikan kepada empat jenis, iaitu:-
i)  Kawasan Bakau (Muara)
ii)  Kawasan Pantai Berpasir
iii)  Kawasan Pesisir Berbatu
iv)  Kawasan Pesisir Berais


B.  Zon Terumbu Karang

Kawasan yang sentiasa diliputi air laut cetek dan hidup subur di antara suhu 25˚C dan 29˚C dengan kedalaman kurang dari 30 meter. Zon ini merupakan teras kepada sumber marin di mana majoriti spesies hidupan marin bergantung kepadanya sebagai tempat perlindungan dan juga sumber makanan utama. Zon ini terdiri dari pelbagai jenis ekosistem di mana ia mampu menampung ribuan spesies flora dan fauna. 


Terdapat tiga jenis mengikut kedudukannya di atas permukaan laut, iaitu:-
i)    Terumbu Birih - tumbuh di keliling pulau
ii)   Terumbu Sawar - tumbuh di sepanjang pinggir pentas benus
iii)  Terumbu Atol - berada di tengah-tengah lautan
Kawasan terumbu karang tepi pantai jarang dijumpai kerana ia terdedah kepada limpahan lumpur dan pencemaran dari kawasan darat.

C.  Zon Laut Dalam

Sebanyak 71% daripada permukaan bumi merupakan air lautan. Zon ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama berdasarkan kedalaman dasar iaitu:-
i)    Zon Epipelagi - dari permukaan air laut hingga ke 150 meter
ii)   Zon Mesopelagi - 200 meter hingga 2,000 meter
iii)  Zon Betipelagi - lebih dari 2,000 meter







No comments:

Post a Comment